Kaunter BPN 2.0 LHDN Wangsa Maju ditutup sementara

0
367
Kaunter LHDN BPN 2.0 Wangsa Maju ditutup sementara bermula Khamis ini

CYBERJAYA – Kaunter Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di cawangan Wangsa Maju ditutup sementara bermula 15 Oktober in bagi memberi laluan kepada operasi perpindahan cawangan ke bangunan baharu.

Menurut LHDN dalam satu kenyataan, berikutan itu penduduk di sekitar Wangsa Maju yang ingin membuat permohonan baharu BPN 2.0 diminta membuat permohonan tersebut secara dalam talian melalui https://bpn.hasil.gov.my/.

‘Selain itu, orang ramai juga boleh hadir ke cawangan atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran. 

“Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara) atau menerusi HASiL Live Chat,” katanya hari ini.

Pada masa sama, katanya, orang ramai juga boleh memuat naik Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here