‘Kebebasan bersuara bukan satu alasan apabila lebih 1.5 bilion manusia berasa tersinggung’

0
771
ABDEL FATTAH AL-SISI

CYBERJAYA – Kebebasan bersuara sepatutnya tidak boleh digunakan sebagai alasan apabila lebih daripada 1.5 bilion penduduk dunia berasa tersinggung, kata Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi.

Lapor Reuters, al-Sisi berkata demikian dalam perutusan beliau bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Nabi Muhamamd S.A.W, hari ini.

“Kita juga ada hak. Kita juga ada hak untuk tidak disinggung, dan hak bagi mempertahankan nilai-nilai yang kita pegang,” kata al-Sisi.

“Dan jika ada sesiapa yang mengakui mempunyai kebebasan untuk menyatakan apa sahaja yang ada dalam pemikiran mereka, saya membayangkan perlakuan ini (perlu) berhenti apabila lebih daripada 1.5 bilion orang di seluruh dunia berasa tersinggung,” kata al-Sisi, merujuk kepada jumlah penganut agama Islam di seluruh dunia.

Dalam masa yang sama, al-Sisi turut berkata, beliau menolak sebarang bentuk kekerasan atau tindakan keganasan yang dilakukan di atas alasan mempertahankan agama oleh mana-mana pihak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here