Kenyataan Macron ditujukan kepada penyokong ideologi radikal – Kedutaan Perancis

0
425
Presiden Perancis, Emmanuel Macron

CYBERJAYA – Kerajaan Perancis tidak memihak atau memburukkan mana-mana agama sambil menjamin kedamaian antara penganut agama yang berbeza selari dengan kerangka undang-undang dan prinsip republik itu.

Perkara tersebut terkandung dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Perancis di Malaysia, hari ini.

Kata kedutaan tersebut, Presiden Emmanuel Macron tidak menyasarkan masyarakat Islam di Perancis tetapi hanya ideologi Islam radikal yang perlu diasing dan ditentang.

“Presiden jelas menyatakan, beliau akan bertegas terhadap sebarang bentuk kesimpulan umum, membezakan majoriti besar penganut Islam Perancis dengan kumpulan pemisah minoriti yang menentang nilai Republik serta golongan yang membebankan kelompok majoriti,” kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan pada ketika seruan terhadap kempen memboikot produk Perancis berikutan ucapan Macron pada 2 Oktober yang dianggap mengkritik Islam semakin kuat dilaungkan di beberapa buah negara Islam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here