Kerajaan negeri bantah PKPB di seluruh Selangor

0
637
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kerajaan negeri Selangor terkejut apabila kerajaan Persekutuan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini kerana hanya Klang, Gombak, Hulu Langat dan sebahagian Petaling yang mempunyai bilangan kes yang membimbangkan.

“Kerajaan negeri melihat ada beberapa cadangan-cadangan tertentu yang boleh dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk dipertimbangkan.

“Kerajaan negeri berpandangan bahawa beberapa kawasan yang masih dikategorikan zon hijau dan kuning seperti Sabak Bernam dan Kuala Selangor adalah masih terkawal.

“Oleh itu, kerajaan negeri akan menghantar cadangan balas kepada pihak MKN dengan segera agar dapat diberi pertimbangan semula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, kerajaan negeri berharap semua pihak bersedia dengan perubahan itu agar bersama-sama berjaya mengawal penularan wabak Covid-19.

Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri juga sangat menghargai komunikasi krisis yang lebih efektif dan konklusif melibatkan semua pihak.

Katanya, ia pentinh agar sebarang ketetapan yang diambil tidak menghasilkan sebarang bentuk ketidaktentuan pelaksanaan yang akan memberi impak kepada petugas barisan hadapan, rakyat serta pengusaha industri kecil dan sederhana.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here