Kerajaan tidak akan laksanakan PKP di seluruh negara – Ismail Sabri

0
284
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau menutup pintu sempadan negeri bagi mengekang penularan Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana jumlah kes di beberapa negeri masih rendah kecuali di Sabah, Kedah dan Selangor.

“Di negeri-negeri lain selain tiga negeri ini, jumlah kes Covid-19 hanya satu atau dua kes sahaja manakala Kelantan dan Negeri Sembilan hanya tiga kes.

“Kalau di Selangor pula hanya 31 kes dilaporkan. Situasi ini masih tidak membimbangkan dan tidak mungkin akan terjadi kosong kes Covid-19 kerana virus ini sudah berada di sekeliling kita,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab sama ada kerajaan akan melaksanakan semula PKP berikutan jumlah kes Covid-19 yang semakin meningkat.

Malah, jumlah jangkitan yang dilaporkan semalam adalah paling tinggi sejak PKP dilaksanakan pada Mac lalu.

Sementara itu Ismail Sabri berkata, sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan, ia hanya melibatkan kawasan dikenal pasti dan bukannya melibatkan seluruh daerah.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here