Kereta rempuh pagar Masjidil Haram, pemandu ditahan

0
324
Keadaan kereta yang dipandu merempuh pagar Masjidil Haram, aal pagi tadi. – twitter/HaramainInfo

CYBERJAYA – Sebuah kereta dilaporkan melanggar pagar Masjidil Haram di Mekah, pada pukul 10 malam waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia).

Menurut sumber media tempatan, tiada sebarang laporan kemalangan jiwa diterima.

Sementara itu, video kejadian yang berlegar di media sosial menunjukkan sebuah kereta dipandu laju dalam kawasan masjid, dan terus meluru ke arah pagar tersebut sebelum melanggarnya.

Menurut ciapan HaramainInfo, kereta tersebut melanggar pintu nombor 89.

Pemandu kereta tersebut difahamkan seorang lelaki warga Arab Saudi berjaya ditahan.

Motif kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here