Kes Covid-19 terus melonjak naik, Sabah sumbang kes tertinggi

0
106
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kes baharu jangkitan Covid-19 terus mencatatkan angka yang membimbangkan apabila 660 kes dilaporkan hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 658 kes adalah jangkitan tempatan manakala bakinya kes import.

“Daripada 658 kes penularan di dalam negara, 618 kes adalah warganegara Malaysia dan 40 kes adalah bukan warganegara,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, Sabah terus mencatatkan kes paling tinggi dengan 443 kes diikuti Selangor (76), Kedah (60), Perak (16) dan lain-lain negeri.

Dalam pada itu, katanya, 350 kes sembuh dilaporkan hari ini.

Katanya, jumlah itu adalah paling tinggi bagi kes sembuh pernah dilaporkan.

Sementara itu, beliau berkata, terdapat empat kes kematian dilaporkan hari ini iaitu melibatkan tiga warganegara dan seorang bukan warganegara.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here