Ketepikan perbezaan politik demi kesejahteraan rakyat – PM

0
63
MUHYIDDIN YASSIN

CYBERJAYA – Semua Ahli Parlimen perlu mengetepikan perbezaan politik dan mengutamakan kelulusan Bajet 2021 demi kesejahteraan rakyat dalam mengharungi ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kerajaan akan mengumumkan beberapa inisiatif yang bakal meringankan beban yang ditanggung semua pihak pada waktu ini.

“Marilah kita letakkan kepentingan rakyat mengatasi segala kepentingan lain,” kata Muhyiddin dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen, sebentar tadi.

“Satu bentuk persefahaman boleh dirangka dalam kalangan ahli-ahli Parlimen untuk membolehkan Bajet 2021 diluluskan dengan sokongan ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang,” kata beliau lagi.

Jelas Muhyiddin, bajet kali ini menyediakan pelbagai peruntukan kepada agensi kerajaan, bantuan kepada rakyat dan insentif kepada sektor korporat, industri dan perniagaan dalam menghadapi Covid-19 bagi memulihkan ekonomi negara.

Bajet 2021 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 November ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here