Ketua Menteri Sabah disahkan positif Covid-19

0
195
Hajiji (kiri) menadah tangan mengaminkan doa yang dibaca Perdana Menteri ketika hari penamaan calon PRN Sabah baru-baru ini.

CYBERJAYA – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor disahkan dijangkiti wabak Covid-19 dan sedang diberikan rawatan lanjut.

Menurut Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri, Effendi Mohamed Sunoh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu kini sedang menjalani kuarantin wajib di Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu, Sabah.

“Semasa dalam kuarantin kendiri tersebut, beliau menjalani ujian Covid-19 sekali lagi. Hasil ujian terbaru mengesahkan beliau didapati positif.

“Hajiji kini menjalani rawatan di QEH bagi rawatan lanjut dan kesihatannya baik serta stabil,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut Effendi, walaupun sedang menjalani rawatan, Hajiji masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya di tempat rawatan, menerusi panggilan telefon dan sidang video selain pentadbiran kerajaan negeri berfungsi seperti biasa.

Pada masa sama, katanya,Hajiji turut mengajak seluruh rakyat Sabah agar bertenang dan bersama-sama berdoa agar Sabah dan Malaysia selamat daripada Covid-19.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here