Ketua parti pembangkang kerajaan Pakistan ditangkap

0
110
MUHAMMAD SAFDAR

CYBERJAYA – Ketua Parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N), Muhammad Safdar dilaporkan ditahan di sebuah hotel di selatan bandar Karachi, Pakistan, awal pagi tadi.

Menurut portal al-Jazeera, penahanan tersebut adalah susulan kepada satu perhimpunan parti pembangkang kerajaan yang dihadiri ribuan peserta di Karachi, semalam.

“Pihak polis memecahkan pintu bilik hotel di mana kami sedang menginap, dan menangkap Safdar.

“Saya sedang tidur ketika mereka memecah masuk,” kata ister Sardar, Maryam Nawaz yang juga merupakan salah seorang anggota kepimpinan parti tersebut.

Maryam merupakan anak kepada bekas perdana menteri Pakistan, Nawaz Sharif.

Setakat ini, pihak polis tempatan belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai penahanan tersebut.

Perhimpunan semalam merupakan yang kali kedua dianjurkan oleh Gerakan Demokratik Pakistan (PDM), satu gagasan kerjasama 11 parti pembangkang di negara tersebut yang berkempen mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Imran Khan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here