KKM nafi mesej tular larangan rentas sempadan

0
225

CYBERJAYA- Kementerian Kesihatan menafikan mesej tular di media sosial hari ini mengenai larangan rentas daerah di seluruh daerah mulai tengah malam ini.

Dalam kenyataan dikongsi menerusi laman sosial Facebook rasmi, kementerian terbabit memaklumkan, mesej berkenaan adalah palsu.

“Ini adalah kenyataan palsu. Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kenyataan ini. Jangan kongsi atau tularkan kenyataan palsu ini,” katanya.

Mesej palsu itu juga didapati menggunakan akaun twitter rasmi KKMalaysia, @KKMPutrajaya.

Kandungan ciap palsu itu antara lain menyatakan ‘Larangan rentas daerah di seluruh negara akan dilaksanakan berkuatkuasa mulai pukul 12.01 malam 2 Oktober sehingga 16 Oktober depan’. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here