KKM sarankan tiada pilihanraya buat masa ini

0
145
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan supaya tiada pilihanraya diadakan pada ketika ini memandangkan wabak Covid-19 masih berleluasa di dalam komuniti.

Namun, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, sekiranya ada keperluan, KKM menyarankan agar semua parti yang terlibat mengamalkan tiga pendekatan sewaktu berkempen.

Tiga pendekatan tersebut adalah tidak melintasi sempadan atau daerah, tidak membernarkan perhimpunan atau berkempen dan tidak ada walkabout atau kunjugan ke rumah.

“KKM mengambil maklum keperluan untuk mengadakan pilihan raya mengikut ketentuan undang-undang namun begitu memang kebimbangan KKM untuk mengadakan pilihan raya buat masa ini dan syor KKM kalau boleh tidak diadakan pilihanraya,” kata Dr. Noor Hisham kepada portal Awani, hari ini.

Dalam laporan yang sama, Dr. Noor Hisham menzahirkan harapan supaya Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dapat dipinda dalam waktu terdekat.

Akta yang digubal pada 1988 itu memerlukan pindaan berikutan masalah jangkitan penyakit kini tidak lagi terhad kepada lokaliti tertentu saja.

Pada masa yang sama, pindaan itu juga perlu kerana ia membabitkan isu punca kuasa untuk menguatkuasakan peruntukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here