
CYBERJAYA – Berkuat kuasa Rabu ini seluruh
daerah di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berikutan itu pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan.
“Hanya perkhidmatan perlu termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan.
“Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu yang terlibat di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, pelaksanaan PKPB itu bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam kawasan tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan.
Selain itu, katanya, kemasukan ke Sabah adalah tidak dibenarkan kecuali bagi warganegara yang berasal dari Sabah, Pemegang Pas-Pas yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen negeri Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak, Labuan dan pasangan yang menjalankan perkhidmatan perlu.
“Selain kategori ini, mereka diwajibkan mendapatkan kebenaran khas daripada kerajaan negeri Sabah.
“Hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan untuk keluar bagi tujuan
mendapatkan bekalan makanan dan keperluan rumah.
“Perniagaan bukan perkhidmatan perlu (Non hendaklah ditutup. Restoran, kedai makan dan kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara pukul 6 pagi hingga 6 petang,” ujarnya. -MT