KP Kesihatan sarankan duduk sahaja di rumah

0
403

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham menyarankan supaya semua rakyat Malaysia mengurangkan aktiviti dan pergerakan luar bagi membantu mengurangkan penularan tempatan COvid-19.

Dalam ciapan beliau awal pagi tadi, dia membalas, “How about we all stay at home for a while again? (“Bagaimana kalau kita semua tinggal di rumah sahaja,”) sebagai membalas ciapan beberapa pengguna media sosial.

Ciapan terdahulu oleh pengguna yang menggunakan nama zalifahms menyebut,”Stop interstate travel lah for a while. Don’t trust self quarantine,” (Hentikan dahulu perjalanan rentas sempadan. (Saya) Tidak percayakan kuarantin diri,”).

Sementara itu, analisa oleh beberapa portal berita merumuskan kenyataan Noor Hisham merujuk kepada kebarangkalian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan semula berikutan peningkatan mendadak jumlah kes piositif baharu Covid-19 di dalam negara.

Walaubagaimanapun, setakat berita ini ditulis, belum ada pengumuman rasmi mengenai PKP dikeluarkan setakat ini oleh mana-mana pihak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here