KSN kuarantin kendiri di rumah

0
109
ZUKI ALI

CYBERJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali memaklumkan hasil ujian Covid-19 terhadap dirinya adalah negatif dan kini beliau sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya.

Beliau berkata demikian dalam satu paparan yang dimuat naik di akaun media sosial miliknya, hari ini.

“Saya telah menjalani ujian pengesanan Covd-19 dan Alhamdulillah, keputusannya adalah negatif.

“Saya akan meneruskan kuarantin kendiri sebagaimana disarankan kerajaan,” katanya dalam paparan tersebut.

Situasi ini, bagamanapun, tidak mengganggu urusan pentadbiran perkhidmatan awam kerana beliau akan bekerja dari rumah dan memanfaatkan aplikasi digital dalam pelaksanaan tugas seperti sidang video bagi mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan atau dihadirinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here