Lagi cubaan PATI masuk ke Malaysia secara haram dipatahkan

0
343
Seramai tujuh orang PATI ditahan dalam serbuan pertama kira-kira pada pukul 5.45 pagi tadi. – GAMBAR IHSAN ATM

CYBERJAYA – Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menangkap seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba memasuki Malaysia secara haram, pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, tangkapan tersebut berlaku di sektor Op Benteng yang menjadi tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) di sekitar kawasan Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar di Johor.

Seramai lapan lagi PATI yang sedang bersembunyi berjaya ditahan dalam serbuan kedua pada pukul 8.45 pagi. – GAMBAR IHSAN ATM

Kata kenyataan itu, sepasukan anggota tindakan cepat (QRF) digerakkan ke kawasan tersebut setelah menerima maklumat kehadiran sebuah bot kecil merapat dan melakukan pendaratan PATI di kawasan tersebut.

Bertindak atas maklumat, penjejakan dan serbuan pada sekitar pukul 5.45 pagi telah berjaya menahan 7 PATI, dan serbuan seterusnya pada pukul 8.45 pagi pula berjaya menahan 8 lagi.

GAMBAR IHSAN ATM

Kesemua 15 PATI yang ditahan adalah lelaki berusia sekitar 22 hingga 45 tahun.

Pihak ATM turut meramp[as sejumlah wang tunai pelbagai matawang, telefon bimbit dan beberapa jam tangan dengan nilai anggaran keseluruhan sebanyak RM 11,035.46.

Kesemua PATI yang ditahan kemudiannya dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here