Lebih 40 peserta sertai Ayuh Bangkit 7.0

0
54
Coach Fadzil ketika program Ayuh Bangkit 7.0 di ruang legar Malakat Mall.


CYBERJAYA – Lebih 40 peserta menyertai program Ayuh Bangkit 7.0 yang diadakan di ruang legar pusat beli belah Malakat Mall hari ini.


Program yang bermula seawal pukul 5 pagi itu dikendalikan oleh Pendekar Ekonomi Islam, Mohd. Fadzil Hashim yang juga pengasas Malakat Mall.


Program berkenaan dimulakan dengan qiamulail, zikir dan seterusnya solat Subuh berjemaah yang diimamkan oleh Dr. Taha Mohd. Omar.


Seterusnya ialah tazkirah yang disampaikan oleh Mohd. Fadzil atau Coach Fadzil yang bertajuk mencari makna hidup atau keperluan hidup.


Selepas itu, sesi diteruskan dengan perkongsian oleh Coach Fadzil mengenai ‘5 Ways Magic Formula’ dalam menggandakan jualan sehingga 100 kali ganda.


Antara komponen ‘5 Ways Magic Formula’ yang di pelajari peserta ialah Lead Generation, Conversion Rate 1, Prospect, Conversion Rate 2, Average $ Sale, Numbers of transaction dan Gross Profit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here