Lebih 700 anggota dan pegawai dikuarantin selepas PRN Sabah – PDRM

0
318
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan, lebih daripada 700 anggota dan pegawainya kini sedang menjalani perintah kuarantin di dua lokasi setelah bertugas sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, baru-baru ini.

Menurut Bernama, kira-kira 200 anggota dari Semenanjung kini ditempatkan di sebuah hotel yang diwartakan sebagai pusat kuarantin oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Baki selebihnya dari Sarawak kini sedang menjalani kuarantin di sebuah pusat latihan di negeri tersebut.

“Kita mula menghantar bantuan tenaga ke Sabah secara berperingkat sebelum hari penamaan calon (12 Sept) dan jumlah pegawai dan anggota yang perlu dihantar semakin meningkat menjelang hari pengundian kerana lebih ramai anggota sedia ada di sana perlu dikuarantin,” kata Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din di Kuantan, hari ini.

“Mereka yang menjalani proses kuarantin kini sedang menunggu keputusan ujian saringan dan belum dibenarkan pulang ke rumah kerana kita tidak mahu mengambil risiko berlaku penularan disebabkan oleh anggota kita yang telah berkhidmat di Sabah,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here