Lebih separuh penduduk Nagorno-Karabakh kini menjadi pelarian

0
328
Keadaan bandar Stepanakert yang hampir musnah dibedil tentera Azebaijan. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

CYBERJAYA – Lebih separuh daripada penduduk wilayah Nagorno-Karabakh kini menjadi pelarian berikutan konflik bersenjata di antara Armenia dan Azerbaijan yang sudah masuk hari ke-11.

Menurut laporan agensi berita Russia, Tass, situasi ini dimaklumkan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan Armenia, Artsrun Hovhannisyan kepada pemberita, hari ini.

Setakat ini, pertempuran berlaku sepanjang hari, terutamanya di selatan Karabakh.

Bedilan berterusan oleh tentera Azebaijan ke atas bandar Stepanakert hampir meranapkan bandar tersebut yang kini dipenuhi dengan kawagh letupan dan bahan letupan tidak meletup (UXO).

Sementara itu, Presiden Russia, Vladimir Putin menyeru semua pihak yang bertelagah supaya kembali ke meja rundingan.

“Walaupun konflik ini tidak akan dapat diselesaikan dalan jangka masa panjang, semua pihak perlu bersetuju mengadakan gencatan senjata secepat mungkin,” kata Putin dalam temubual.

Wilayah Nagorno-Karabakh berpisah daripada Azerbaijan pada awal 90-an sejurus peperangan yang yang dicetuskan oleh puak pemisah dari etnik Armenia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here