Lima maut selepas suntikan selesema di Korea Selatan

0
227
Gambar hiasan

KOREA- Lima orang dilaporkan meninggal dunia di negara ini selepas menerima suntikan selesema pada minggu lalu sekaligus mencetuskan kebimbangan ramai terhadap keselamatan vaksin yang digunakan sepanjang program suntikan bagi mengatasi komplikasi Covid-19.

Pihak berkuasa Korea Selatan bagaimanapun memaklumkan tiada alasan untuk mengaitkan kematian itu dengan penggunaan vaksin yang sedang diperluaskan oleh kerajaan sambil menambah siasatan mengenainya sedang dilakukan.

“Perkara ini menyukarkan kita untuk mengeluarkan satu kategori kenyataan yang sah,” kata wakil Menteri Kesihatan, Kim, Gang-lip pada taklimat mengenai kematian mangsa berusia antara 17 tahun hingga 70 tahun itu.

Berita kematian selepas penangguhan program vaksin nasional itu menjadi topik utama berita di Korea Selatan.

Pihak berkuasa pada bulan lalu turut mengumumkan rancangan untuk mendapatkan tambahan 20 peratus vaksin selesema berbanding kegunaan musim sejuk tahun sebelumnya untuk suntikan 30 juta orang rakyat negara itu.

Program suntikan melibatkan 19 juta orang rakyat yang telah dimulakan itu ditangguhkan selama tiga minggu selepas 5 juta dos yang sepatutnya disimpan dalam suhu sejuk terdedah kepada suhu bilik semasa proses pemindahannya di bilik perubatan.

Dalam kejadian di Incheon, berhampiran ibu kota Seoul, remaja berusia 17 tahun meninggal dunia dua hari selepas menerima suntikan selesema.

Kes terbaharu melibatkan lelaki pengidap Parkinson berusia 70 tahun di Daegu yang maut sehari selepas mendapat suntikan.

Bagaimanapun pegawai kesihatan di Daegu mendakwa lelaki berkenaan sudah mengambil suntikan itu sejak dari tahun 2015 tanpa reaksi buruk sebelumnya.

Kepercayaan terhadap vaksin menjadi isu kesihatan di seluruh dunia sejak sebelum penularan pandemik Covid-19 bahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia menkategorikan keraguan terhadap vaksin sebagai salah satu daripada 10 teratas dalam ancaman kesihatan global.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here