Luqman buat kemunculan sulung dalam Liga Premier Belgium

0
149
Luqman membuat kemunculan pada minit ke-74 apabila beliau menggantikan pemain pertahanan, Petar Golubovic.

CYBERJAYA – Penyerang Bawah-19 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin menjadi pemain Malaysia pertama membuat kemunculan dalam Liga Premier Belgium pada satu perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi.

Dalam perlawanan menentang RSC Anderlecht di Stadium Guldensporen, Kortrijk, Lukman yang kini bermain untk pasukan KV Kortrijk, mula beraksi pada minit ke-74 apabila beliau menggantikan pemain pertahanan, Petar Golubovic.

Perlawanan berkesudahan dengan keputusan Kortrijk tewas 1-3 kepada Anderlecht.

KV Kortrijk kini berada di tangga kesembilan liga dengan 14 mata setelah 10 perlawanan, lima mata di belakang pendahulu liga, Club Brugge.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here