Malaysia bincang kuota haji 2021 dengan Arab Saudi

0
314
Malaysia memulakan perbincangan awal mengenai kuota haji Malaysia

CYBERJAYA – Malaysia dan Arab Saudi memulakan perbincangan awal mengenai kuota haji 2021 sebagai langkah persediaan sekiranya vaksin Covid-19 masih belum ditemui.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perbincangan itu dibuat demi kepentingan jemaah haji dan umrah dari negara Malaysia.

“Biarpun belum ada keputusan muktamad perihal haji dan umrah serta kaedah pelaksanaannya oleh kerajaan Arab Saudi, Malaysia dan Arab Saudi sepakat untuk memulakan perbincangan awal mengenai kuota haji tahun 2021.

“Serta jumlah rakyat Malaysia yang dibenarkan mengerjakan umrah dan kaedah pelaksanaan haji dan umrah jika ia boleh dilaksanakan sebelum vaksin Covid-19 ditemui,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Beliau berkata, kementeriannya akan terus berusaha dengan melakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here