Malaysia kekal sokong kemerdekaan Palestin

0
122
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika bercakap mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Menteri Luar ASEAN bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semalam.

CYBERJAYA – Malaysia tetap tegas dengan pendirian untuk menyokong hak rakyat Palestin untuk memiliki sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu ditegaskan ketika
bercakap mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Menteri Luar ASEAN bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semalam.

“Keprihatinan Malaysia terhadap Palestin juga kekal tinggi. Saya tegaskan di hadapan semua wakil PBB dan negara ASEAN bahawa pendirian Malaysia tidak berganjak untuk terus menyokong hak rakyat Palestin untuk memiliki negara yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.

“Pendirian ini tidak akan berubah sampai bila-bila,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, dalam mesyuarat itu Malaysia juga menyentuh isu Rohingya yang mana Malaysia telah banyak membantu pelarian Rohingya di negara ini.

“Namun ketika pandemik ini, Malaysia perlu tumpu negara dan rakyat sendiri. Beban dan tanggungjawab dalam isu ini mesti dikongsi bersama semua pihak.

“Agensi PBB berkaitan juga wajib main peranan terutama dalam menangani isu perdagangan manusia melibatkan pelarian Rohingya,” tegasnya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, Malaysia turut menggesa supaya supaya semua pihak menghentikan permusuhan dan bersatu dalam melawan Covid-19.

Katanya, ini kerana wabak itu telah mengugat keamanan, kestabilan dan kesejahteraan sejagat.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here