Masjid Jamek Sultan Hisamuddin ditutup serta merta selepas dikunjungi Menteri Agama

0
557
Masjid Jamek Sultan Hisamuddin

CYBERJAYA – Masjid Jamek Sultan Hisamuddin yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor terpaksa ditutup serta merta selepas dikunjungi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, kelmarin.

Menurut pengurusan masjid itu dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Agama itu hadir ke masjid tersebut pada Sabtu lepas untuk memberi kuliah.

“Oleh itu, kepada para jemaah yang hadir pada kuliah beliau pada tarikh 3 Oktober 2020 dan sebelumnya perlu membuat ujian saringan Covid-19.

“Sama-sama kita doakan semua yang terlibat sembuh dan kita dijauhkan dari wabak ini,” katanya.

Zulkifli hari ini mengesahkan beliau positif wabak tersebut selepas pulang dari Sabah baru-baru ini.

Pada masa sama, beliau menggesa orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadirannya sepanjang 24 September hingga 4 Oktober untuk menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here