MBO Cinemas bakal ditutup?

0
572

CYBERJAYA – Syarikat panggung wayang ketiga terbesar Malaysia, MBO Cinemas dilaporkan bakal menutup operasinya tidak lama lagi.

Menurut laporan The Edge, syarikat yang mengoperasikan panggung wayang tersebut, MCAT Box Office Sdn. Bhd. dilaporkan bakal menjual aset syarikat bagi membayar kembali kadar hutang yang dimilikinya.

Laoran ini susulan satu kenyataan di akaun media sosial milik MBO yang baru-baru ini mengumumkan penutupan 17 daripada 27 lokasi panggung wayang miliknya pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sementara itu, memetik laporan Bernama pada 7 Ogos lalu, Ketua Pegawai Eksekutif MBO Cinemas, Cheah Chun Wai mendedahkan, MBO mengalami penyusutan jualan sebanyak 55 peratus selama 3 bulan pertama penularan Covid-19 dan tiada penjualan sama sekali pada 3 bulan berikutnya akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here