Melaka perketat kuarantin individu pulang dari Sabah

0
101
Gambar hiasan.

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka memperketatkan langkah pencegahan Covid-19 terhadap individu pulang dari Sabah dengan mengenakan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah selama 14 hari walaupun keputusan saringan pertama Covid-19 negatif.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, perintah itu diputuskan pada Isnin lalu dalam Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Khas Covid-19 peringkat negeri.

“Sekiranya terdapat kes positif, pesakit akan terus diasingkan dan dimasukkan ke Hospital Melaka untuk rawatan segera dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan mengesan serta menghubungi kontak rapat kes positif itu untuk ujian saringan yang berhubung secara langsung dalam masa 14 hari.

“Ini termasuk individu pekerja dalam perawatan kes Covid-19 tanpa memakai alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap atau individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan Covid-19,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak menyimpan atau merahsiakan sebarang maklumat penting, seperti sebarang kontak dengan kes-kes positif Covid-19 atau maklumat yang berkaitan daripada pihak berkuasa.

Tambahnya kerajaan negeri amat komited di dalam memperkukuhkan sistem kesihatan dan memastikan wabak Covid-19 ini dapat dikawal bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here