Menara Hasil Bangi, HCL, cawangan Shah Alam dan UTC Selangor kembali beroperasi

0
362
Menara Hasil cawangan Bangi

CYBERJAYA – Menara Hasil Bangi yang menempatkan semua pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Hasil Care Line (HCL) yang ditutup sementara sebelum ini akan kembali beroperasi semula 2 November ini.

Menurut LHDN dalam satu kenyataan, turut kembali beroperasi ialah cawangan Shah Alam dan kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Selangor.

Katanya, kedua-dua premis itu akan beroperasi semula esok dengan waktu operasi yang terhad sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kaunter setempat di cawangan Bangi dan Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat Percukaian akan dibuka dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari manakala HCL dibuka dari Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 5 petang.

“Bagi kaunter setempat dan kaunter duit setem di Cawangan Shah Alam dibuka dari Isnin hingga Jumaat ini bermula pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari.

“UTC Selangor pula dari pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari pada Isnin hingga Jumaat manakala hari Sabtu dan Ahad waktu operasi ialah dari 9 pagi hingga 1.30 tengah hari,” katanya hari ini.

Menurut LHDN, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN
melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Selain itu, mereka juga boleh berhubung melalui HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here