Menteri Agama minta semua yang berjumpanya jalani ujian saringan Covid-19

0
147
Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad

CYBERJAYA – Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri meminta orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran beliau sepanjang 24 September hingga semalam menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata, langkah itu perlu dibuat berikutan beliau disahkan positif Covid-19 hari ini.

“Saya mohon maaf atas sebarang bentuk kelemahan dan kekurangan daripada diri saya,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, sehingga saat ini keadaan kesihatannya adalah bertambah baik.

“Terima kasih kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan para doktor serta barisan hadapan yang amat prihatin dengan keadaan saya,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memberi jaminan program Mus’adah Khas Siswa Siri 2 yang dijanjikan semalam kepada siswa yang terkandas akan diteruskan oleh agensi-agensi agama di bawahnya.

“Program-program Musa’adah Covid-19 yang telah diaturkan, akan terus dijalankan seperti biasa di seluruh Malaysia.

“Masih ramai yang memerlukan bantuan kewangan, barangan asas, makanan dan lain-lain dalam tempoh yang getir ini.

“Sejak Mac, bantuan disalurkan tanpa mengira agama dan bangsa. Pandemik Covid-19 benar-benar mengajar saya erti kebersamaan. Saya akan pastikan semua bantuan sampai kepada sasaran, insya-Allah,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here