Muhyiddin hilang kredibiliti – MT UMNO

0
950
Mohd Puad Zarkashi

CYBERJAYA – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan darurat sebagai muslihat politik yang telah gagal meraih kepercayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sehubungan itu beliau berpendapat, Muhyiddin perlu meletak jawatan Perdana Menteri kerana kredibilitinya sudah hilang apabila cadangan berkenaan ditolak oleh Seri Paduka Baginda.

Tambah Puad, keputusan dari pihak Istana Negara itu jika diperhalusi memberi dua implikasi kepada Muhyiddin sebagai pentadbir negara.

“Pertama, Yang di-Pertuan Agong menyedari ‘langkah Muhyiddin’ itu hanyalah muslihat politik dan bukannya untuk memerangi penularan wabak Covid-19.

“Di para tiga kenyataan media Istana Negara, dinyatakan….’Al-Sultan Abdullah merasakan Kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan’.

“Kalau Yang di-Pertuan Agong yakin, kenapa PM (Perdana Menteri) tidak yakin. Apakah PM cuba membohongi Yang di-Pertuan Agong? Alhamdulillah, Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja Raja amat teliti dan bijaksana,” katanya dalam satu kenyataan melalui hantaran di Facebooknya hari ini.

Keputusan Seri Paduka Baginda itu juga katanya bertentangan dengan pendapat ramai pakar perundangan yang sebelum ini berpandangan Yang di-Pertuan Agong harus mendengar nasihat Perdana Menteri seperti termaktub dalam Artikel 40 Perlembagaan Persekutuan.

“Tapi nampaknya nasihat memanda Menteri tidak diterima. Maka di mana kredibiliti seorang Perdana Menteri,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here