Nak lawan boleh, tapi kena cerdik

0
98

ISU penghinaan terhadap junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W sampai bila pun tidak akan selesai.

Sedangkan dari zaman Baginda sendiri, Baginda tidak henti-henti dihina, dicaci, dimaki, dimalukan oleh para penentangnya.

Jika kita selak kembali sirah Rasulullah, Baginda tidak pernah pun membalas setiap penghinaan itu dengan kekerasan, bahkan Baginda membalasnya dengan penuh hikmah.

Apa yang terjadi pada masakini, pada zaman yang penuh dengan cacamarba ideologi dan teknologi, penghinaan ini berlangsung tiap hari, tak kira di negara mana pun, termasuk di negara kita sendiri.

Sedar atau tidak, tu je.

Seorang pendakwah terkenal, Nouman Ali Khan ada menyebut, golongan yang memusuhi Baginda Nabi Muhammad S.A.W akan terus menerus menghina Baginda dan Islam, kerana mereka mahukan umat Islam bertindak di luar batas.

Lihat sahaja apa yang berlaku di Perancis. Sudah berapa ramai yang dibunuh di atas alasan ‘mempertahankan Islam’.

Sekarang, senang-senang sahaja mereka gunakan alasan, ‘Islam = keganasan’.

Adakah Baginda mengajar kita semua untuk buat macam ni? Tidak sama sekali. Selak kembali sirah Rasulullah. Baca dan fahami. dan jika perlu, tanyakan pada ustaz dan ustazah hikmah di sebalik tindakan Baginda tiap kali dihina dan dimaki.

Sudah sampai masanya kita, umat Islam, bertindak dengan lebih cerdik dan penuh hikmah, dan membelakangkan emosi.

Heret mereka ke mahkamah, gunakan apa sahaja peruntukan undang-undang yang ada kerana golongan ini takkan langsung nak dengar apa sahaja alasan, dalil, fatwa yang kita berikan.

Jangan berikan apa yang mereka mahu, iaitu tindakan luar batas yang penuh emosi, tetapi sesuatu yang lebih cerdik, lebih halus.

Mengawal emosi bukan satu kelemahan, tapi sebenarnya tanda kekuatan kepercayaan terhadap agama yang kita anuti.

Sendiri mau ingatlah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here