Pakar dakwa sudah kenal pasti lokasi pesawat MH370

0
7149
Bahagian Selatan Lautan India yang dipercayai menjadi lokasi sebenar nahas MH370.

WASHINGTON – Pakar penerbangan di Amerika Syarikat pada minggu lalu mendakwa berjaya mengenal pasti lokasi nahas pesawat MH370 selepas dilaporkan hilang bersama 239 penumpang, enam tahun lalu.

Victor Ianello dan pasukan siasatannya berkata, pesawat Boeing 777 itu dipercayai terjunam di sekitar koordinat S34.2342 dan E93.7875 iaitu kira-kira 2,000 kilometer dari luar pantai Perth, Australia.

Dalam kajiannya, Ianello percayai bahawa bangkai pesawat berkenaan berada dalam lingkungan 185 kilometer daripada pusat kordinat tersebut.

Menurutnya, MH370 telah terbang sejauh 4,340 kilometer melepasi Indonesia sebelum nahas berlaku.

Seorang lagi pakar penerbangan, Byron Bailey berkata, operasi pencarian yang dilakukan pelbagai pihak selama ini agak tersasar daripada kawasan yang berpotensi membawa kepada penemuan iaitu di kawasan selatan Laut Hindi.

“Jika tekaan saya salah, pesawat itu mungkin sudah dilarikan oleh makhluk asing atau ditempatkan di hangar di suatu tempat di Kazakhstan. Saya sanggup pertaruhkan segalanya sebagai jaminan untuk maklumat itu kerana saya tahu di mana ia berada,” katanya.

Pencarian pesawat malang yang lenyap tanpa kesan itu setakat ini telah menelan belanja kira-kira RM831 juta.

Sebelum ini, terdapat pelbagai dakwaan pakar dan individu yang mendakwa mengetahui lokasi terhempasnya MH370 namun sehingga kini masih tiada yang berjaya menemui pesawat berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here