Pekerja asing di zon merah diwajibkan jalani ujian saringan Covid-19

0
313
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Semua pekerja warga asing yang bekerja dalam sektor pembinaan dan kawalan keselamatan di kawasan zon merah diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 berkuat kuasa serta merta.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil bagi memastikan pengesanan awal jangkitan Covid-19.

Pada masa sama, katanya, ia juga bagi mengelakkan wujudnya kluster baharu di tempat kerja.

“Turut diwajibkan untuk menjalani ujian saringan adalah bagi mereka yang bergejala,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, bagi pekerja dari zon merah yang perlu bekerja di pejabat, mereka disarankan untuk menjalani ujian saringan tersebut.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, semalam pihak keselamatan berjaya menahan sebanyak 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas 10 kenderaan darat dalam Ops Benteng.

Katanya, operasi tersebut mendapat kerjasama daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here