Pemohon GKP 1.0 yang lulus permohonan tapi gagal kredit pembayaran diminta kemas kini akaun

0
666
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Pemohon Geran Khas Prihatin (GKP) 1.0 yang lulus dan status pembayaran adalah gagal kredit diminta mengemas kini semula maklumat akaun bank masing-masing.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, kemas kini itu boleh dilakukan di ruangan menu pada portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) bermula esok sehingga 14 November 2020.

“Pemohon perlu memastikan akaun bank yang dikemas kini adalah aktif dan
menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon atau nombor akaun
semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.

“Tarikh pembayaran semula ke akaun bank yang telah dikemas kini akan
dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, menurut kenyataan itu, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan
kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Selain itu, katanya, orang ramai juga boleh berhubung melalui HASiL Live Chat dan
borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here