‘Perancis sedang berperang menentang ideologi Islam’

0
467
Gerald Darmanin

CYBERJAYA – Perancis menjangkakan lebih banyak serangan akan dilakukan terhadap kepentingan negara tersebut kerana mereka kini sedang ‘berperang dengan ideologi Islam, kata Menteri Luarnya, hari ini.

Menurut Reuters, kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Luar Perancis, Gerald Darmanin dalam satu temubual dengan rangkaian radio RTL.

“Kita sekarang sedang berjuang melawan musuh yang berada di dalam dan di luar (negara), kata Darmanin dalam temubual tersebut.

“Kita perlu memahami bahawa telah ada dan akan ada peristiwa lain seperti serangan keji ini,” tambah Darmanin yang merujuk kepada kejadian terbaharu serangan di sebuah gereja bandar Nice semalam yang mengorbankan tiga individu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here