Permohonan baharu BPN 2.0 boleh dibuat secara online

0
414
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menasihatkan orang ramai membuat permohonan baharu untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 secara dalam talian.

Menurut LHDN dalam satu kenyataan, langkah itu diambil bagi memastikan rantaian penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan.

“LHDN menyarankan agar permohonan baharu BPN 2.0 dibuat secara dalam talian terutamanya bagi pemohon yang berada dalam kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Pemohon baharu BPN 2.0 boleh merujuk kepada soalan lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, permohonan baharu boleh dibuat mulai 15 Oktober sehingga 15 November ini.

Dalam pada itu, katanya, penerima BPN sedia ada tidak perlu mengemukakan permohonan semula sekiranya telah menerima bayaran sebelum ini.

“Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara) dan HASiL Live Chat.

“Orang ramai juga boleh memuat naik Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here