Pesakit dihantar ke Hospital Semporna menggunakan kereta sorong

0
278
Seorang pesakit dihantar menggunakan kereta sorong ke hospital. Kredit gambar Facebook Muhamad Na’im

CYBERJAYA – Seorang doktor perubatan yang dipinjamkan bagi membantu pesakit Covid-19 di Semporna, Sabah terkejut apabila ada pesakit yang dihantar mengunakan kereta sorong ke Hospital Semporna.

Dr. Muhamad Na’im Ab Razak berkata, walaupun beliau bertugas di kawasan pedalaman di Lahad Datu, melihat pesakit dihantar ke hospital menggunakan kereta sorong belum pernah dilihat melainkan sewaktu melakukan misi perubatan di kawasan terpencil.

Katanya, situasi di Semporna adalah berbeza kerana bandar tersebut merupakan kawasan tumpuan pelancongan paling terkenal di Sabah.

“Beberapa hari kebelakangan ini, banyak kali saya lihat pesakit dibawa dari kampung berdekatan menggunakan kereta sorong.

“Malah sewaktu memandu ke hospital, saya perlahankan kereta dan melihat bagaimana pesakit ditolak di tepi jalan hingga sampai ke hospital. Saya dimaklumkan oleh para doktor Hospital Semporna bahawa ia adalah perkara normal di sini,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Menurut Dr. Muhamad Na’im, malah, ada pesakit yang baharu bersalin dihantar dalam keadaan mengalami tumpah darah teruk selepas bersalin.

“Begitu juga pesakit lumpuh yang menerima rawatan harian di hospital.

“Saya sedih kerana situasi pandemik sebegini menyebabkan proses rawatan terhadap pesakit tidak dapat disampaikan secara menyeluruh dan sempurna,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here