Petugas media buat liputan PRN Sabah dijangkiti Covid-19

0
186
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Seorang kakitangan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) disahkan dijangkiti virus Covid-19 selepas pulang daripada membuat liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Media Prima Berhad (Media Prima) dalam satu kenyataan memaklumkan kakitangan berkenaan kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan.

“Kakitangan berkenaan baru pulang daripada menjalankan tugasan editorial di Sabah pada 30 September lalu dan menjalani ujian mandatori Covid-19 dikendalikan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kakitangan berkenaan juga menjalani kuarantin sukarela di rumah sejak pulang dari Sabah, sebelum didapati positif Covid-19,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Media Prima kini bekerjasama rapat dengan KKM dan sudah mengambil langkah-langkah pencegahan bagi meminimumkan potensi jangkitan kepada kakitangan lain.

“Kakitangan terbabit sememangnya menjalani kuarantin sukarela di rumah dan tidak pernah berada di premis-premis Media Prima sejak pulang dari Sabah.

“Media Prima akan memberikan segala sokongan diperlukan kepada kakitangan terbabit dan mendoakan beliau diberikan kesembuhan segera,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here