Pihak bertelagah di Nagorno-Karabakh setuju adakan gencatan senjata

0
143

CYBERJAYA – Pihak yang bertelagah di Wilayah Nagorno-Karabakh bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata mulai tengah hari, hari ini (waktu tempatan).

Menurut laporan Reuters, gencatan senjata antara Armenia dan Azerbaijan itu diumumkan oleh Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.

Infrastruktur awam seperti rumah turut musnah dalam pertempuran di antara puak bertelagah. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

Perjanjian ini adalah hasil rundingan yang diadakan di Moscow, dan merupakan pertemuan diplomatik pertama dua negara tersebut sejak konflik terbaharu ini tercetus pada 27 September lalu.

Lavrov yang bertindak sebagai orang tengah dalam rundingan tersebut berkata, mengumumkan perkara tersebut setelah rundingan tersebut berjalan selama 10 jam.

“Kedua-dua pihak telah turut bersetuju untuk memulakan rundingan bagi menyelesaikan konflik ini,” kata Lavrov.

Beliau turut menambah, Pertubuhan Palang Merah akan terlibat dalam menguruskan operasi kemanusiaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here