PKPB: Waktu operasi LHDN di Kota Kinabalu dihadkan

0
331
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Waktu operasi Kaunter Bayaran di Pusat Bayaran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kota Kinabalu dan di Kaunter Duti Setem Cawangan Kota Kinabalu di Sabah dihadkan bermula pukul 8 pagi sehingga 1 tengah hari pada setiap Isnin hingga Jumaat.

Menurut LHDN dalam satu kenyataan, langkah itu dibuat selaras dengan pengumuman mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan bermula semalam.

“Dalam tempoh ini pembayar cukai disarankan untuk melakukan urusan percukaian secara dalam talian,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu, sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh
dimajukan kepada LHDN melalui talian Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara).

Selain itu, orang ramai juga boleh berhubung melalui HASiL Live Chat dan melalui borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/,” ujarnya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here