PKPD di Penjara Kepayan, Kuarters Anggota Pegawai di Kampung Matambai bermula esok

0
220
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Berkuat kuasa esok kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Penjara Kepayan dan Kuarters Anggota Pegawai di Kampung Matambai, Sabah berikutan peningkatan kes Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu akan dikuatkuasa sehingga 2 November ini.

“Pelaksanaan PKPD ini membolehkan pergerakan keluar masuk di kawasan tersebut dapat dikawal dan memudahkan pelaksanaan ujian saringan Covid-19 dilaksanakan.

“Jumlah keseluruhan individu terlibat adalah seramai 3,511 orang merangkumi 2,914 banduan dan 597 staf penjara,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Berikutan itu, katanya, bekalan keperluan makanan akan diagihkan oleh kerajaan negeri Sabah yang akan dikoordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri.

Sementara itu, beliau berkata, semalam pihak polis telah menahan sebanyak 649 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 606 individu telah dikompaun dan seramai 43 individu pula direman.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here