‘Jawapan awal’ PM kepada cadangan Najib

0
309
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kebenaran untuk mengeluarkan sebahagian daripada simpanan dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah tepat pada masanya kerana rakyat kini dalam terkesan teruk akibat pandemik Covid-19, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang mencadangkan pertimbangan itu berkata, kerajaan boleh mengehadkan jumlah pengeluaran kepada jumlah tertentu misalnya RM10,000 dan dilakukan secara one off daripada akaun tersebut.

Selain itu katanya, kerajaan juga boleh membenarkan pencarum melakukan top-up atau tambahan semula jumlah wang yang dikeluarkan itu apabila ekonomi kembali stabil.

“Mungkin boleh pertimbangkan untuk pencarum keluarkan duit sekarang pada masa paling terdesak,”katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Sebagai ‘pemulihan’ kepada simpanan itu, kerajaan boleh membantu semula KWSP dengan pelbagai cara termasuk menyediakan peluang perniagaan atau projek yang menjana keuntungan lebih besar.

“Jangan hanya beri segala projek seperti ini kepada pihak swasta sahaja sebab kita perlu ingat dan sedar bahawa rakyat adalah kroni sebenar kita. Mohon PM8 (Muhyiddin) pertimbang semula,” katanya.

Cadangan Najib itu bagaimanapun ‘ditolak’ oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang beranggapan pelaksanaan pengeluaran wang KWSP itu akan membei implikasi benar kepada pencarum selepas mereka pencen.

“Memang ramai yang teks saya kata ‘tolonglah Tan Sri, kami susah. Sekarang pun tanpa mengeluarkan simpanan itu, kita (kerajaan) sudah menyediakan berbilion ringgit bagi membantu rakyat.

“Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah lebih besar pada masa hadapan,’’ katanya memetik laporan Berita Harian hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here