Polis dedah muka Datuk Seri Macau Scam lompat pagar SPRM

0
3308
Suspek bergelar Datuk Seri yang melarikan diri dengan melompat pagar SPRM

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang melarikan diri dengan melompat pagar di ibu pejabat Suruhanjaya Penegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tampil membantu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek tersebut dikehendaki berhubung siasatan melibatkan tiga kes di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Suspek, Goh Leong Yeong, 32, yang beralamat di Blok 25B2-5-8 Miharja Kondo, BT2 ½, Off Jalan Cheras, 55200, Kuala Lumpur dikehendaki kerana terlibat dalam penganjuran judi online di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Suspek telah melarikan diri sebaik sahaja dibebaskan dengan jaminan oleh SPRM kerana terlibat dalam kes Macau Scam baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Huzir berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, DSP Ahmad Zamri Jai di talian 012-8993622 atau Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Muhamad Faizal Asuar di talian 017-3126411 atau menghubungi mana-mana balai polis.

Isnin lalu, Leong Yeong dengan dibantu dua pengawal peribadinya bertindak melarikan diri dengan melompat pagar bangunan SPRM selepas menyedari pihak polis menunggu untuk memberkasnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here