‘Produk di Malakat Grocer memang segar dan bersih’ -pelanggan

0
326
Antara pelanggan yang membeli ikan segar di Malakat Grocer 812.

CYBERJAYA – Rata-rata pengunjung Malakat Mall khususnya yang membeli belah di Malakat Grocer 812 berpuas hati dengan kualiti barang dan harga yang ditawarkan.

Kesegaran barangan basah seperti ayam, daging dan ikan serta sayur-sayuran dan buah-buahan menjadi daya penarik utama pengunjung.

Pelanggan, Nurhasliza Abdullah berkata, walaupun ada desas-desus mengatakan harga barang di pusat beli-belah itu agak mahal, beliau berpendapat sebaliknya kerana kebanyakan barang keperluannya dijual pada harga setanding pasaraya luar.

Katanya, ‘buah mulut’ orang mengenai perbezaan harga itu tidak sepenuhnya tepat kerana barang-barang basah dan barang dapur yang dijual sangat segar.

“Memang harga ada sedikit berbeza tetapi tidaklah terlalu mahal. Jika diambil kira barangan yang segar saya lebih yakin berbelanja di Malakat Mall.

“Saya lebih rela berbelanja lebih sedikit asalkan barang-barang dapur yang saya beli lebih segar berbanding pasar raya di luar sana,” katanya ketika ditemui di Malakat Grocer 812 hari ini.

Nurhasliza berkata, selain produk yang segar dia juga selesa berbelanja di Malakat Grocer 812 kerana susunan barang yang teratur dan stok yang sentiasa ditambah.

“Biasanya kalau kita beli bawang di pasar raya atau kedai runcit, puaslah kita membelek dan memilih kerana kualiti yang terlalu rendah,” tambahnya.

Pelanggan, Nurhasliza  Abdullah
Antara pelanggan yang membeli barangan dapur di Malakat Grocer 812.
Pelanggan, Wan Norsyafizi Wan Hasan


Sementara itu, Wan Norsyafizi Wan Hasan berkata, selepas beberapa kali berbelanja di Malakat Grocer 812, dia semakin yakin terutama selepas mengambil kira faktor kebersihan di pasar raya berkenaan.

“Saya suka beli barang di sini sebab semua produk dijamin daripada sumber yang halal. Begitu juga dengan tempat letak ikan, ayam dan daging yang sangat bersih dan teratur,” katanya.

Justeru, beliau berkata, orang ramai perlu datang dan menilai sendiri kekurangan atau kelebihan berbelanja di Malakat Grocer 812 yang padanya tidak patut dijadikan isu.

“Di mana-mana sekalipun, akan ada sahaja orang yang mahu mengetengahkan benda negatif. Saya tengok semuanya OK sahaja di sini (Malakat Grocer 812).

“Cuma jika betul dakwaan pelanggan mengenai harga sesetengah barang yang tinggi dan kesuntukan stok, itu pihak pengurusan perlu ambil perhatian dan perbaiki,” katanya.

Daging segar yang dijual di Malakat Grocer 812.
Ketua Pegawai Operasi Malakat Grocer, Hani Noorashiqin Abd Majid

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Malakat Grocer 812, Hani Noorashiqin Abd Majid berkata, kajian yang dilakukan pihaknya mendapati harga barang di Malakat Grocer masih setanding dengan harga barang di pasaraya lain.

“Kita sudah membuat perbandingan harga dengan beberapa pasaraya di sekitar Cyberjaya dan kita dapati 45 daripada 60 barangan di sini dijual pada harga sama atau lebih rendah berbanding tempat lain.

“Tinjauan juga mendapati orang ramai berpuas hati dengan kesegaran barang-barang keperluan basah dan dapur di sini,” katanya.

Mengulas mengenai perkara itu, Hani berkata, stok seperti ayam, ikan, daging dan sayur ditambah dan dikemas kini sekurang-kurangnya dua hari sekali.

“Misalnya ikan-ikan kita juga disejuk beku secara blastfreeze yang memberi jaminan segar sehingga beberapa minggu di dalam peti sejuk,” katanya.

Katanya, sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Berayarat (PKPB), pihaknya melancarkan perkhidmatan penghantaran secara percuma sejauh 70 kilometer radius.

“Maklumat mengenai produk boleh didapati dari laman web www.malakatgrocer.com.

“Kami juga mengalu-alukan sebarang pendapat dan teguran untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kami,” katanya.

Antara ikan segar yang dijual di Malakat Grocer 812.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here