Punca pencemaran Sungai Semenyih dari Negeri Sembilan – Amirudin

0
420
Datuk Seri Amirudin Shari bersama Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika melawat Loji Air Sungai Semenyih

CYBERJAYA – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pencemaran air di Sungai Semenyih berkemungkinan besar berpunca dari kawasan perindustrian di Negeri Sembilan.

Beliau berkata, punca pencemaran dikesan di Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan iaitu 30 kilometer dari Sungai Semenyih.

“Saya telah turun melawat Loji Rawatan Air Sungai Semenyih bagi meninjau situasi pencemaran yang berlaku petang tadi.

“Berdasarkan taklimat dan siasatan awal, punca pencemaran adalah dari kawasan perindustrian di Negeri Sembilan,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Turut sama dalam lawatan itu adalah Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Amirudin berkata, usaha sedang dilaksana bagi membersihkan sumber air dan memulihkan bekalan air secepat mungkin.

Air Selangor dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 274 kawasan di empat wilayah terputus bekalan air berikutan berlakunya pencemaran di loji air tersebut. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here