Putrajaya FA masih belum terima jemputan rasmi sertai Liga Malaysia

0
227
Aksi pasukan yang bertanding dalam Liga Bola Sepak Putrajaya

CYBERJAYA – Persatuan Bolasepak Putrajaya (Putrajaya FA) meminta sebarang keputusan untuk membawa Putrajaya menyertai Liga Malaysia dibawa ke mesyuarat gabungan ahli terlebih dahulu untuk dibincangkan.

Presiden Putrajaya FA, Ahmad Faisal Abdul Karim berkata, ini kerana Putrajaya FA mempunyai kelab-kelab gabungan di bawahnya dan setiap keputusan yang diambil mestilah dipersetujui oleh ahli jawatankuasa.

Pada masa sama, katanya, ia perlu mengambil kira pandangan kelab-kelab gabungan tersebut.

“Putrajaya FA merupakan sebuah badan yang sah dan bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal bola sepak di Putrajaya.

“Berhubung ciapan Menteri Wilayah yang tular baru-baru ini. Putrajaya FA ingin menegaskan bahawa badan ini tidak mendapat sebarang gambaran yang jelas serta tidak dimaklumkan apa-apa berkenaan kemungkinan Putrajaya bakal mempunyai pasukan sendiri dan bermain di Liga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ciapan Annuar dalam laman Twitternya baru-baru ini

Namun begitu, Ahmad Faisal berkata,
sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab membangunkan sukan bola sepak di Putrajaya pihaknya sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak untuk bekerjasama membangunkan sukan bola sepak di Putrajaya.

Baru-baru ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata kemungkinan Putrajaya akan bersaing dalam Liga Malaysia untuk musim hadapan.

Sebagai rekod, Putrajaya pernah memiliki sebuah pasukan bola sepak dan beraksi dalam saingan Liga Malaysia apabila Kelab Bolasepak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF FC) menyertai Piala FAM 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here