Rizalman dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM

0
335
RIZALMAN

CYBERJAYA – Pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengucapkan tahniah kepada pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim di atas pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM yang baharu.

“Tahniah Datuk Rizalman Ibrahim atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM, daripada Pengerusi Lembaga Pengarah, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Eksekutif Universiti,” jelas kenyataan ringkas yang dimuat naik di laman Facebook milik UiTM, sebentar tadi.

Menurut sumber, Rizalman telah menandatangani surat pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM pada hari ini di Pejabat Menteri Pengajian Tinggi, Putrajaya.

Rizalman merupakan alumni UiTM, dan merupakan graduan Diploma Seni Lukis dan Seni Reka dalam jurusan fesyen pada tahun 1993.

Pencapaian terbaik beliau ketika bergelar penuntut adalah Pelajar Terbaik Kajian (Jurusan dan Fakulti) serta Pelajar Terbaik Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Seni Reka Fesyen).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here