RON97 dan RON95 naik tiga sen, diesel turun satu sen

0
117

CYBERJAYA- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik tiga sen seliter bagi tempoh 3 Oktober hingga 9 Oktober 2020.


Kementerian Kewangan berkata, harga runcit diesel pula turun sebanyak satu sen seliter iaitu daripada RM1.71 seliter kepada RM1.70 seliter.


“Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak tiga sen seliter iaitu daripada RM1.98 seliter kepada RM2.01 seliter.


“ Harga runcit petrol RON95 juga naik sebanyak tiga sen seliter iaitu daripada RM1.68 seliter kepada RM1.71 seliter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut kementerian itu,  penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan itu menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).


“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here