Saintis UM temui fosil gajah purba Stegodon

0
290
Fosil gigi Stegodon yang ditemui penyelidik Universiti Malaya di Gopeng, Perak.

CYBERJAYA – Saintis dan kumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) menemui fosil gajah purba Stegodon pertama di Malaysia yang dianggar berusia antara 30,000 hingga 80,000 tahun di sebuah gua batu kapur di Gopeng, Perak.

Saintis dari Jabatan Geologi, Fakulti Sains UM, Dr. Ros Fatihah Muhammad berkata, penemuan fosil gigi itu adalah Stegodon, iaitu gajah purba yang sama sekali berbeza dengan gajah Asia yang masih wujud di negara ini.

Beliau berkata, penemuan penting dalam arkeologi negara itu adalah hasil daripada maklumat kumpulan peneroka gua, ‘Kinta Valley Watch’ serta tinjauan dan kajian daripada pihak UM.

“Penemuan ini amat penting dalam kajian berkaitan sejarah migrasi haiwan kuno dan juga perubahan alam sekitar di rantau Asia Tenggara.

“Stegodon merupakan salah satu genus atau kumpulan spesies jenis proboscidea daripada keluarga stegodontidae yang telah lama pupus. Tiada lagi penemuan fosil Stegodon di Malaysia sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ros Fatihah, penelitian pada pengimejan yang dilakukan oleh dua pakar gigi dari Fakulti Pergigian UM mempercayai fosil tersebut adalah seekor Stegodon yang berusia lebih kurang dua tahun.

Penyelidikan itu ialah Ahli Paleontologi Vertebrat dan Zooarkeologi, Persatuan Paleontologi Malaysia, Lim Tze Tshen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here