Sambung lesen melalui myEG bermula hari ini

0
393
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Orang ramai kini boleh membuat pembaharuan lesen memandu secara dalam talian melalui sistem myEG.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada awal Oktober lalu mengumumkan kaedah pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) bermula hari ini.

Untuk menggunakan kemudahan itu, pengguna hanya perlu membuat pendaftaran akaun dan hanya dibenarkan membuat pembaharuan akaun sendiri sahaja. 

Bagi setaip pembaharuan, pengguna boleh memilih tempoh 1 hingga 5 tahun dan pembayaran boleh dilakukan  secara kad kredit atau perbankan dalam talian (online banking).

Bagi memudahkan pengguna, dua kaedah pengambilan disediakan iaitu melalui Pusat e-Khidmat (terhad kepada beberapa kawasan sahaja) atau secara penghantaran (delivery).

Caj dan tempoh penghantaran adalah mengikut kawasan dengan 2 hingga 5 hari bekerja.

Untuk maklumat lanjut mengenai pembaharuan lesen memandu secara dalam talian, layari laman myEG.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here