Sekatan perjalanan keluar dan masuk ke Sabah bermula esok

0
201
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Berkuat kuasa esok kerajaan akan mengenakan sekatan perjalanan dari Sabah ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan selepas berlakunya peningkatan kes Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekatan itu akan dibuat sehingga 20 Oktober ini.

“Walaubagaimanapun, terdapat pengecualian khas diberikan kepada kes-kes tertentu
yang melibatkan kes kecemasan, kematian, perkhidmatan perlu dan lain-lain yang
perlu mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mereka yang telah mendapat kebenaran juga perlu menjalani ujian saringan Covid-19
oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, bagi pergerakan masuk ke Sabah pula kebenaran diberikan kepada kategori rakyat Sabah yang memegang MyKad kod H
dan pasangan kepada rakyat Sabah yang memiliki pas imigresen Malaysia yang sah tempoh.

Selain itu, kebenaran juga diberikan kepada pekerja bidang perkhidmatan perlu yang mempunyai pas Imigresen Malaysia yang sah tempoh yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen.

Pada masa sama, katanya, turut dibenarkan ialah pelajar bukan rakyat Sabah yang mempunyai kad/pas pelajar daripada Jabatan Imigresen Malaysia, Sabah.

“Bagi anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Sabah mereka perlu mendapatkan cop seksyen 66(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 di pejabat Imigresen Sabah setelah masuk ke Sabah.

“Bagi pemastautin tetap Sabah yang memiliki MyPR kod H atau Kad Permit Masuk
atau endosmen permit masuk dalam pasport, mereka hendaklah membuat permohonan kepada Jabatan Ketua Menteri melalui Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan untuk pertimbangan.

“Mereka juga akan menjalani ujian saringan Covid-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing,” ujarnya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here